Friday, August 28, 2009

Tersenyumlah...


Ketawa merupakan ubat kepada kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuatkan jiwa gembira dan menyenangkan hati. Bahkan Abu Darda' pernah berkata. "Sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hatiku." Dan Rasulullah sendiri pernah ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya. Begitulah ketawa orang yang berakal cerdas yang membawa kesan positif bagi jiwa dan menjadi penawar kepada jiwa yang resah.


ketawa merupakan puncak kegembiraan, keceriaan, dan keriangan asalkan ianya tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan untuk mengejek atau mencemuh seperti dalam pepetah Arab:


"Jangan terlalu banyak ketawa, kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati"


Ketawalah sewajarnya seperti juga pepatah:


" Senyum ketika bertemu saudaramu bernilai sedekah"


Orang Arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu nampak ceria. Menurut mereka, perangai sedemikian merupakan tanda kelapangan dada, kemurah hatian, kedermawanan, kemuliaan dan kesejukan hati. Islam mengajar kita supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan manis dipandang sehingga menyenangkan orang lain. Abu Tamam berkata:


" Jiwaku penebus Abu Ali

Dialah fajar harapan dan bintang renungan

Kejenakaannya mampu membangkitkan semangat

Bahkan terkadang dia mampu membuatkan orang

Yang sebelumnya tadak pernah merasakan tenang

Menjadi riang gembira"


Sesungghunya kita sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut dan keramahan.


Petikan dari buku La Tahzan

Karya Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni

No comments:

Post a Comment