Wednesday, September 2, 2009

7 emosi penganggu kesihatan

Manusia tidak luput dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit, sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan. Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang tidak diketahui sebabnya.

Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga golongan besar.

Pertama, penyakit yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang meridian(jalur bujur)tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas, lembab, kering, api serta penyakit menular.

Kedua, penyebab penyakit dari dalam yang berasal dari emosi(perasaan) penderita. Termasuk dalam kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir, berfikir, sedih, takut dan terkejut.

Ketiga, penyebab penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur(makann minum, bekerja, rehat dll), kegiatan bersenggama yang berlebihan sserta luka dan gigitan binatang.


Berikut merupakan penyataan bagaimana emosi GEMBIRA membawa gangguan kepada manusia..



GEMBIRA

Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.

Gembira adalah tanda fungsi jantung dalam keadaan normal. Ini bererti darah, kelenjar limpa dan aliran tenaga berjalan dengan lancar dan baik. Manifestasinya badan sihat. Namun bila kegembiraan melebihi had, perjalanan tenaga dalam tubuh akan bergolak dan tersebar sehingga semangat yang tersimpan di jantung akan bergolak juga. Pada saat gembira, aliran tenaga akan menjadi perlahan.

Banyak contoh yang menunjukkan terlalu gembira akan mengakibatkan bencana pada diri seseorang. Mungkin anda pernah mendengar cerita dimana seorang ayah meninggal dunia kerana terlalu gembira apabila mendapat khabar bahawa anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada hal dia tidak menyangka sedemikian.

Ini adalah satu fenomena yang menyatakan bahawa sewaktu kegembiraan melonjak, aliran tenaga menjadi terlalu laju dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada jantung kerana tidak dapat menampung kelajuan tenaga yang datang secara mendadak.

Sebagai kesimpulan, faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar anda menjadi seorang individu yang sihat.

No comments:

Post a Comment